Thursday, June 30, 2011

BENCI!!..MENYAMPAH!!..DAN SAKIT HATI!!!...

ok frankly..kepala otak aku da serabut nk mmpos...terbaek la..wat la cm nie slalu..t kna bom bising plak...kitorg wat masalah..ckp kitrg yg bmslh..abeh yg korg 2 apa plak???herh!!!!

Thursday, June 23, 2011

yes!!!

oh yehh.....
tamat suda short sem...
akhirnya aku boley bcuti dengan tenang...^^

Wednesday, June 22, 2011

kenangan...


ari nie ttba aku tringat zaman time skola dlu...time f4 n f5...time yang paling best aku asa la sepanjang zaman persekolahan aku...coz time 2 aku geng dak2 nakal jgk la..tp yng pntng kami x penah wat rekod yg x bek dlm skola..plng jahat la yg kami pnh wat bawak fon p skola n pontng klas jer...ok starts da story k...geng kami nie diberi nama geng kelab giat samit...nama nie dapat sempena kami suka lepak kat samit time abeh skola tiap ari jumaat...kalo nk cari kami cari kat samit port mcD or foodcourt..2 jer la..kat mcD menu kami semua sama jer,...bubur ayam mcD..air coce...n kentang harga dia RM.3.15 jer...murah gler sbb tu kami amek menu 2...kalo kat foodcourt...tea ais n nasi gorng indonesia or nasi gorng tomyam..kami nie terdiri daripada 7 owg..aku...no-N..noly...ezah..enor ..cupateen n sue....nie la geng yg plng sengal aku penah jumpa..mcm2 yg kami pnh wat..karok..wayng..boling...suma la..happeng gler time 2...skrg nie masing2 da ada life sndiri suma da berpecah...aku n noly kat kL..aku UPNM..noly UKM...ezzah n enor kat kelantan USM...no-N..cupateen n sue kat peneng..anak jati peneng tol depa 2...hehhe...no-n kat poli sebrg prai..cupateen bru abeh tggu nk wat dgree...sue da jadi toke mnyk....huhuhuh...suma da ada life n hope our dream can b true...:)..

nie pic geng2 aku..lg 2 org aku x de pic diorg....sedey..huhuhuhu...




nie no-N....
4 mei 1990..



nie enor...
28 january 1990


nie ezzah..
26 november 1990



nie noly
14 mei 1990



nie aku...
14 july 1990..



cupateen...
14 december 1990..

sue...
2 february 1990...

Tuesday, June 21, 2011

oh ye aku memang sengal!!!

ari nie...nk dijadikan cerita la kan..heheh...pagi td around 10.30 cmto la aku drve nk g pjabat pos...tp ada 1 masalah utama yg melanda di jiwa nie la...lesen aku da mampos 31 mei rito nie da brapa hari bulan da nie...aku punya la cuak.. nk soh mak aku antarkan mak aku bz..ayah aku lak keja pagi...kakak aku pon keja so nk x nk kena p sendiri la jgk..xkan nk naek bus lak..panas kot..huhuhu...so aku pon drive la p BM 2...sampai jer kat selekoh nk masuk taman ciku..pergghhh,.... pakcik JPJ plak wat road blok kat depan 2...perasaan nie..usah di kata la...memang cuak la..ye la da wat salah sapa yg x cuak...drve tp x lesen da mampos..cm ner 2...pny la dok tercover2 dari tnjuk muka cuak..ye la...kalo tnjuk jpg kantoi x pasai lak  nk kena bayar saman...naseb pg nie mmg baek la...x kena tahan...lepas jer dari road blok 2...lega x mau2..ye la first time dlam idop aku drve x der lesen...hahahha....

Friday, June 17, 2011

RINDU SAMA MORIB!!!



THE BEST TIME!!






njoy jer la...





tggu van x sampai lagi..






UPNM ladies..:)


Wednesday, June 15, 2011

pointer oh pointer!!!

hari nie result tok sem II da kuar...alhamdulillah...ada peningkatan yang baek dalam result aku..tp aku lom puas lagi result aku bnyk 2..hajat aku blom tcapai..dean list...next sem..must stdy very hard to score dean list..:) pe pon congrates tok mmbr2 aku...



Tuesday, June 14, 2011

sengal....

adoyaiii.....hurmmm...hari nie da kali ke 3 rasa nya tarkh xzam aku ditunda...dari 22 jun ke 1 july...then ke 6 july skrg 11 july...esk x thu la cm ner...sng2 xyah wat la...buka sem dpn bru wat kan sng..x pyh nk susah kan student...kitorg nie dah la jaoh...kalo dkt x pe la jgk...pening kepala nk pk semua nie...pe la...adoyaiii..hurmm...

Monday, June 13, 2011

OMG!!!...

ari nie...ada meeting kelab PEMADAM...wat postmerterm....then pelantikan AJK tertinggi...
aku as AJK multimedia...apa kejadahnya aku pon x thu  nk wat..
nk kna create blog tok kelab nie...apa aku nk isi pon aku x thu la...hahaah...
mmg lawak la... ngek tol...x pe la.. i took this as a challenge...and new xperience 4 me...
i will try my best,..:)

Sunday, June 12, 2011

M.O.R.I.B

This week 10-12 jun 2011...
aku berkesempatan untuk pergi ke MORIB..first time kot g morib 2..
tmpat dia ok jgk la...dapat berkenalan dengan kawan2 dari U laen...
kemarin petang lepas semua aktiviti selesai kami pergi ke pantai ikut paya bakau...
pengalaman baru dalam hidup aku...

semalam lagi sekali aku di beri peluang untuk memberi ceramah..
cuak kot dah la x penah2...hahah..gugup jangan la kata..
mau gugur jantung aku...
tapi alhamdullillah...semua berjalan lancar walaupun gegar satu badan nie..hehehhe....
ari nie aku akan balik semula ke UPNM...
esk da start kelas da..huhuhu.. 

new experience for me and my friends...





bersama budak2 UPNM..


us as UPNM student..


with UPSI and UKM student's..


its UPNM..:)

Friday, June 10, 2011

perasaan ini....

kenapa semua nie hars terjadi...bila nk ok...perasaan sukar untuk di ramal...
aku benci dengan semua yg jd nie..lama2 aku boley gila....kenapa x der sapa pon nk paham ati n prasaan aku....ya ALLAH...kuat la hati aku nie untuk menghadapi ujian yang kau berikan dalam idop aku nie...
smoga aku tabah menghadapi semua ini....

Thursday, June 9, 2011

hurmm....pening...

skrg nie macam2 da jadi..aku x tahu apa yg aku kena wat...aku xnak diorg semua bermasam muka..aku syg diorg semua...tp apa yang mampu aku lakukan...arggg....YA ALLAH..bantulah aku untuk menyelamatkan persahabatan nie...

Tuesday, June 7, 2011

mengapa ENGINEER jadi pilihan....:)

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.



1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital



2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital



Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.



3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat



Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


Monday, June 6, 2011

kongkoi...

idop as PALAPES UPNM  mmg sgt2 best...

this YEAR kami dapat melanjutkan latihan kami LUAR dari UPNM..last sem dkt BUKIT 100...dlam

UPNM...this year dekat KONGKOI...perghh..yg best...kitorg hari2 boley mandi...dari bukit 100 x bley

mandi... e2 yg plng best..even kitorg berselut..tp best...kitorg nie stay dlam khemah n our KHEMAH

hahahah...always kena sound kot coz bising..ala lumrah kehidupan kot bisng 2...sapa yang tahu dok diam

kn...heheheh...apa pon kitorg mmg njoy this training....:)
ANDAI LELAKI TAHU..APABILA SEORANG PEREMPUAN!!

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

JADI... hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


 

Designed By Blogs Gone Wild!