Wednesday, November 30, 2011

…SETIAP KALI…


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

Ya Allah kau redhailah diri ini

seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku




LIRIK LAGU SETIAP KALI- DEVOTEES...

Wednesday, November 16, 2011

perbezaan antara suka dan cinta....



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Tuesday, November 15, 2011

cabaran WANITA SINGLE di mata masyarakat...

  • dianggap sebagai pengoda suami orang.
  • terlalu berharta menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri.
  • terlalu memilih.
  • susah senang terpaksa tanggung sendiri.
  • sunyi jika tinggal sendirian di rumah.
  • sakit pening tiada siapa pun tahu.
  • siapa yang nak jaga bila da tua.
  • siapa jadi pewaris harta pusaka selepas dia tiada lagi di dunia.
  • dia tak ada tanggungjawab. biarlah dia yang ada di kampung- komen adik beradik atau saudara terdekat.
  • menjadi tempat peminjaman wang (banker).

Friday, November 11, 2011

saya rindu kamu...

AKU RINDU KAU SANGAT-SANGAT LA!!!



just be positive..^^

mencintai tak bermakna memiliki...tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...yang penting cara kita berfikir bagaimana keluar dari masalah tersebut...usah membebani fikiran kita dengan masalah yang ringan..berfikir secara positif dan sentiasa tenang agar kita mampu menghasilkan keputusan yang bernas.... kiranya perhubungan kita tiba dipenghujungnya usah terlalu kecewa...kerana TUHAN pasti menyediakan sesuatu yang paling baik untuk diri kita...sentiasa bersyukur dan bersabar atas kurniaan dan dugaannya...kuar dari menjalani hidup di bawah bayang2 dia..jalani hidup kita dengan bayang2 kita...kerana belum tentu dia juga merasakan apa yang kita rasa...lebih baik mencari kebahagiaan sendiri daripada terus hidup dengan bayang2 orang yang pernah singgah di hati kita...^^

ingat...kebahagiaan kita terletak dalam genggaman tangan kita sendiri..kita yang mencorak kehidupan kita...salahkan diri kita sendiri andai kita x bisa bahagia..kerana itu jalan yang kita pilih...
 

Designed By Blogs Gone Wild!