Monday, December 26, 2011

^____^


:)









bersabarlah...

currently i miss you so badly..don't know y suddenly this feeling appear in my heart...when i see u...my heart beat faster than usual.. i miss u so much my honey dew....i just can pray so that we can be like before...coz i dont strong enough to forget u...because our memories keep plays in my mind...u means a lot to me...i miss u....

>>aku sayang kau la..<<

Thursday, December 15, 2011

kEtuLusAn hAti.....

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

marshanda...ketulusan  hati....

Saturday, December 10, 2011

jalan-jalan...^^

ari nie aku berjaya ke PWTC seorg diri tanpa ditemani sesapa pun..perggghhhh x penah lg dalam sejarah idop aku semenjak aku menjejakkan kaki ku ke kL..berjalan sekitar kL tanpa berteman...kat PWTC aku berjumpa dengan ajun n her family....best2...lama kot x jmpa diorg...this the first time kami bjumpa di kL..slalu kmi akan jmpa kat peneng jer...so kami round PWTC tu..then round2 ke the mall ..makan bsama her family...n lastly ke masjid jamek tok shoping2 sket..even penat...seriously...aku happy sgt2 coz x sangka dapt jmpa dia kat cni...best2...huhuu...hope nnt bley jmpa lagi..^^,


nie masa kat pwtc b4 konvo...



nie la ajun..^^


pas abeh convo...

Thursday, December 1, 2011

leadership in war: Abdullah bin Zubair..

LATAR BELAKANG KHALIFAH ABDULLAH BIN ZUBAIR.
            Nama sebenar Abdullah bin Zubair ialah Abdullah bin Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Beliau merupakan anak kepada 2 orang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Zubair bin Al-Awwam, seorang penunggang kuda yang berani sejak kecil dan merupakan orang pertama yang menghunuskan pedang untuk membela agama islam dan Asma’ binti Abu Bakar yang mendapat gelaran Zatun Naqatain iaitu si empunya dua tali pinggang kerana telah banyak berjasa dengan memberi bekalan kepada Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar ketika mereka bersembunyi dalam Gua Thur.
            Abdullah bin Zubair telah dilahirkan pada tahun 1 Hijrah dan telah dicatatkan oleh pengkaji sejarah bahawa beliau merupakan bayi pertama yang lahir pada tahun 1 Hijrah dalam kalangan Sahabat Muhajirin sekali gus telah membuktikan bahawa kaum Yahudi telah berbohong kepada masyarakat muslim bahawa kaum muslim telah dibomoh oleh dukun mereka dan mengakibat masyarakat muslim pada ketika itu menjadi mandul. Datuknya, Abu Bakar As-Siddiq telah membawa Abdullah bin Zubair menemui Rasulullah untuk menyampaikan berita gembira itu. Maka Rasulullah meminta Aisha untuk keluar mencari buah kurma untuk diberikan kepada bayi tersebut.
            Abdullah bin Zubair telah membesar di bawah pengawasan Rasulullah s.a.w dan telah diberi latihan berkaitan ketenteraan, ilmu pengetahuan dan diberi pendedahan mengenai Jihad. Hasil daripada tunjuk ajar serta ilmu yang diperolehi daripada Rasulullah s.a.w, Abdullah bin Zubair membesar menjadi seorang pemuda yang taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya, beliau banyak berpuasa serta mengerjakan solat dan menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapanya.
            Abdullah bin Zubair meninggal dunia pada tahun 73 Hijrah ketika berusia 73 tahun. Kematian beliau dapat dikaitkan melalui satu peperangan yang telah dilancarkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan yang telah dipimpin oleh Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi. Beliau telah ditangkap serta dibunuh dengan kejam dan mayatnya telah dipacak pada sebatang tiang yang tinggi supaya dapat dilihat oleh orang ramai.

KEPERIBADIAN ABDULLAH BIN ZUBAIR.
·         Seorang yang berani.
            Abdullah bin Zubair merupakan seorang tokoh islam yang sangat berani dalam setiap peperangan yang ditempuhi olehnya dan akan berjuang secara bermati-matian bagi mencapai kemenangan. Hal ini dapat dibuktikan semasa beliau menghadapi pertempuran di Afrika. Pada masa itu, kekuatan tentera Islam hanyalah 20 000 ribu orang sahaja manakala tentera pihak musuh adalah sebanyak 120 000 ribu orang. Berbekalkan kekuatan tentera tersebut beliau dengan beraninya meneruskan perjuangan bagi membebaskan Andalusia tanpa ada rasa gugup sedikit pun dan berjaya menewaskan lawannya.

·         Bijaksana dalam peperangan.
             Berbekalkan kebijaksanaan Abdullah bin Zubair, akhirnya tentera islam berjaya mengalahkan tentera musuh. Hal ini demikian kerana beliau telah meninjau kekuatan tentera musuh di mana terletak pada panglima yang menerajui kumpulan tersebut iaitu rajanya sendiri, Raja Barbar. Raja Barbar telah menaikan semangat tenteranya supaya berperang tanpa ada sedikit pun perasaan gentar. Lalu Abdullah bin Zubair menyeru sahabat-sahabatnya untuk ikut serta bersama beliau untuk menyerbu benteng pertahanan di mana kekuatan pihak mush dilindungi. Beliau telah menewaskan barisan pertahanan pihak lawan untuk bertemu dengan Raja Barbar, dengan sekali pukulan akhirnya Raja Barbar dapat ditewaskan. Dengan pantas mereka telah mengepung tentera musuh dan akhirnya mengistiharkan kemenangan pihak kepada  mereka.

·         Taat kepada ibunya.
            Walaupun Abdullah bin Zubair dikatakan seorang pahlawan yang berani di medan perang, akan tetapi sejarah ada menyatakan bahawa beliau juga mempunyai sedikit rasa takut dalam dirinya. Hal ini dapat dibuktikan ketika beliau menghadapi peperangan menentang tentera Hajjaj bin Yusuf.  Pada ketika itu, beliau telah berfikir sama ada mahu meneruskan perjuangan atau menyerah kalah. Pada hakikatnya beliau sedikit pun tidak mempunyai rasa takut untuk mati. Apa yang dikhuatiri oleh beliau adalah mayatnya akan dicincang oleh Hajjaj bin Yusuf dan hal itu akan membuatkan ibunya akan bersedih.
Akhirnya beliau telah bertekad untuk bertemu ibunya iaitu Asma’ binti Abu Bakar dan menceritakan kegelisahan hatinya. Asma’ binti Abu Bakar telah menasihati beliau dan akhirnya Abdullah bin Zubair telah membuat keputusan untuk meneruskan perjuangannya dan akhirnya beliau telah terkorban dan mayatnya telah dipacak pada sebatang tiang yang tinggi.

·         Setia terhadap tanah airnya.
Selain itu, Abdullah bin Zubair juga merupakan seorang yang setia terhadap tanah airnya sendiri. Hal ini dapat dibuktikan semasa peperangan yang telah terjadi antara Khalifah Abdullah bin Zubair dengan Khalifah Yazid bin Muawwiyah. Muslim bin Uqbah merupakan panglima pasukan tentera Khalifah Yazid yang dihantar ke Hijaz telah mati di pertengahan jalan terlebih dahulu telah melakukan keganasan iaitu dengan merampas harta dan membunuh penduduk Madinah sewenang-wenangnya.
Setelah itu, jawatan panglima telah dipegang oleh Husain bin An-Namir. Kedatangan pasukan itu telah disambut oleh pasukan Khalifah Abdullah bin Zubair yang sedia menanti. Maka terjadilah peperangan antara kedua-dua pasukan itu. Semasa peperangan berlaku telah sampai satu khabar buruk yang menyatakan bahawa Khalifah Yazid bin Muawwiyah telah meninggal dunia. Sehubungan dengan peristiwa itu, maka berlakulah gencatan senjata antara kedua-dua pasukan itu.
Pada masa itu, panglima Husain bin An –Namir telah berbisik kepada Abdullah bin Zubair bahawa beliau akan mengangkat Khalifah Abdullah bin Zubair untuk menjadi pemerintah Syam, akan tetapi, pelawaan itu telah ditolak oleh Khalifah Abdullah bin Zubair kerana bagi beliau, setiap masyarakat Madinah yang terkorban kerana peperangan tersebut mestilah dibayar dengan sepuluh korban oleh Syam.

·         Berpegang kuat terhadap agamanya.
Abdullah bin Zubair juga merupakan seorang tokoh yang berpegang teguh kepada agamanya iaitu agama islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui riwayat Tabi’in Amru bin Dinar. Dalam riwayat tersebut Amru bin Dinar ada menyebut bahawa “Aku tidak  pernah melihat seorang pun yang lebih baik solatnya daripada Abdullah bin Zubair”. Teori ini dapat dikukuhkan lagi apabila sejarah ada menyatakan bahawa semasa Mekah dikepung oleh tentera Hajjaj bin Yusuf, peluru munjaniq telah mengenai bahagian hadapan tubuh Abdullah bin Zubair yang sedang mengerjakan solatnya dalam Kaabah. Oleh kerana terlalu khusyuk dalam mengerjakan solatnya, beliau tidak dapat merasakan kesakitan akibat daripada luka tersebut dan meneruskan solatnya.
Mempunyai sikap yang tegas.
Beliau telah menunjukkan ketegasan ketika melawan Muawiyah dan Yazid bin Muawiyah. Beliau berpendapat bahawa Yazid bin Muawiyah sama sekali tidak layak untuk menjadi khalifah kerana Yazid bin Muawiyah bukanlah seorang tokoh yang mempunyai akhlah yang baik dalam semua bidang. Sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, beliau banyak melakukan kejahatan. Oleh kerana itulah Abdullah bin Zubair menentang sekeras-kerasnya pelantikan Yazid bin Muawiyah sebagai khalifah pengganti Muawiyah sehinggakan beliau mengubah sebuah bait syair. ‘aku takkan tunduk pada kebatilan meskipun gigi geraham mampu mengunyah batu jadi lembut’.

PENGLIBATAN DALAM PEPERANGAN.
Sepanjang riwayat hidup Abdullah bin Zubair, beliau banyak terlibat dalam peperangan bagi menengakkan agama Islam. Sejak dari kecil lagi beliau telah dididik dan diasuh supaya menjadi seorang yang berani. Hal ini demikian kerana beliau telah mendapat dididikan daripada Rasulullah S.A.W sendiri. Keadaan persekitaran hidup beliau pada masa itulah yang mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam peperangan untuk menyebarkan agama Islam.
Peperangan yang melibatkan beliau adalah peperangan pembebasan Afrika, Andalusia dan Konstantinopel di mana pada masa itu beliau baru berusia 27 tahun. Semasa peperangan pembebasan Afrika beliau hanya membawa 20 ribu orang tentera bagi menumpaskan 120 ribu orang tentera musuh. Peperangan memjadi sangat sengit berikutan jumlah kekuatan tentera musuh adalah lebih banyak daripada tenteranya. Oleh itu, beliau menggunakan taktik yang bijak untuk mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.
Selain itu, beliau juga terlibat dalam peperangan yang tercetus antara dua buah puak iaitu puak Khawarij dan puak Syiah. Pemberontakan di Mekah telah berpunca daripada pemberontakan yang berlaku di Madinah. Abdullah bin Zubair merupakan ketua bagi pemberontakan penentangan pemerintahan Yazid bin Muawiyah. Hal ini demikian kerana Yazid bin Muawiyah merupakan seorang pemerintah yang mempunyai akhlak yang keji. Beliau suka berfoya-foya dengan perempuan-perempuan cantik dan gemar berburu. Abdullah bin Zubair menentang pelantikan Yazid bin Muawiyah kerana peribadinya yang tidak layak untuk menjadi pemimpin. Maka dengan itu, tercetuslah pemberontakan penentangan pemerintahan Yazid bin Muawiyah yang telah mengakibatkan Abdullah bin Zubair mati disalib oleh Hajjaj bin Yusuf.

KESIMPULAN
            Kesimpulannya adalah untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh dijadikan sebagai contoh oleh orang lain adalah sukar kerana pemimpin tersebut seharusnya mempunyai beberapa ciri yang boleh dibanggakan oleh dirinya supaya beliau sentiasa disanjungi serta di hormati oleh pengikut serta orang bawahan. Seperti mana yang kita lihat dalam diri Abdullah bin Zubair, sesungguhnya tidak hairanlah sekiranya sejarah telah meletakkan beliau sebagai salah seorang daripada tokoh pejuang yang berani semasa zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Jika dilihat dari sudut era kini, masyarakat kini telah kekurangan ciri-ciri dalam kepimpinan dalam diri masing-masing terutamanya golongan remaja. Oleh itu, keperibadian yang dimiliki oleh Abdullah bin Zubair boleh dijadikan sebagai contoh oleh masyarakat masa kini terutamanya bagi golongan remaja dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.

 

Designed By Blogs Gone Wild!